BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, December 9, 2010

Pintu Syrga Di Rumahku

...Syukur, setelah seminggu jalani 'by-pass', walid telah di 'discharge' dari IJN. Lebih kurang jam 2.30 ptg Rabu, 8 Dis.2010 Walid sampai di Bentong untuk menginap dan lakukan proses 'rehab's' kecergasan jantung dan fizikal. Aku sekeluarga berterima kasih atas kesudian walid dan umi untuk menginap di rumah kami. Yelah, bukan senang untuk mendapat peluang berbakti kepada 'orangtua' semasa hayat mereka masih ada.Pengalaman lepas wajib jadi teladan. Memandangkan aku ni jauh dari kampung dan kadang-kadang sibuk 'entah ape-ape', maka saat 'orangtua' menyatakan persetujuan untuk berehat di Bentong merupakan satu momen yang sangat menyentuh dan dianggap 'rahmat'.

Mungkin rezeki bagi aku sekeluarga sempena hari kedua Hijrah tahun ini bila diberi peluang oleh 'orangtua' untuk melayani dan berkhidmat untuk mereka.Pengalaman melayani keinginan dan kegemaran arwah ayah pada akhir puasa 4 tahun lalu cukup mengajar aku betapa nikmat dan puasnya hati apabila kita dapat memperhambakan diri kepada 'orangtua' kita yang membesarkan kita tanpa sebarang keluh kesah.Tak terbalas oleh kita budi dan jasa kedua 'orangtua' kita.Apatah lagi tulus kasih mereka pada kita anak-anak. kata orang 'Kasih Ayah Sepanjang Hayat' manakala 'Kasih Ibu Membawa Ke Syurga'.

Justeru, aku sekeluarga amat bersyukur mendapat peluang menjaga 'orangtua' @ walid dan Umi meskipun sekejap. Redha dan ganjaran dari MU jualah yang kami pohon. Untuk anak-anakku...megat along, megat angah dan puteri ain @ adik...sentiasalah berbuat baik kepada kedua 'orangtua' kita' kerana salah satu pintu syurga yang Allah jadikan ialah menerusi Ibubapa @ orangtua kita. Dan pada Rabu, 8 Dis.2010 pintu syurga itu ada di rumah kita.... oh....Rahmatnya.....

0 comments: